1. Permohonan ini hanya anda bagi keperluan hosting laman web sahaja. Jika hanya untuk mendapatkan nama domain (domain name), sila mohon melalui url berikut: https://bit.ly/USIM_DOMAIN
2. Nama domain untuk laman web hendaklah menggunakan domain sambungan ‘usim.edu.my’ bagi menunjukkan bahawa laman web tersebut kepunyaan USIM.
3. Logo USIM hendaklah dimasukkan pada laman web dan menggunakan logo asal tanpa sebarang perubahan sebagai contoh ditukar warna.
4. Semua kandungan fail media hendaklah dipastikan tidak melanggar hakcipta pemilik asal.
5. Kandungan laman web perlulah sentiasa dikemaskini.
6. Penggunaan sumber multimedia seperti klip video, audio dan sebagainya hendaklah bersesuaian dari segi saiz, kebolehcapaian dan mesra pengguna.
7. Sekiranya pemohon melanggar mana-mana peraturan, tindakan boleh dikenakan ke atas pemohon; dan Universiti tidak terikat atau dipertanggungjawab bagi ketidakpatuhan yang berlaku.
8. Sila hubungi pegawai terlibat untuk sebarang perbincangan dan khidmat nasihat : saiful[at]usim.edu.my