1. Permohonan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya LIMA (5) hari bekerja sebelum cenderamata diperlukan.
2. Keutamaan diberikan kepada permohonan cenderamata yang melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
i. Lawatan ke luar dan ke USIM (tempatan).
ii. Pameran promosi USIM (tempatan).
iii. Majlis perasmian dan penutupan (untuk perasmi dan tetamu kehormat sahaja).
3. Cenderamata ini TIDAK DISEDIAKAN bagi program dalaman USIM yang melibatkan peserta dan penceramah yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar USIM.
4. Pihak StraComm berhak untuk meluluskan atau tidak meluluskan permohonan.
5. Semua pemohon hendaklah MERUJUK SEMULA kepada pihak Unit Pengurusan Acara dan Protokol, Pusat Komunikasi Strategik DUA (2) hari sebelum tarikh cenderamata diperlukan, untuk mengetahui sama ada permohonan diluluskan atau tidak.
6. Semua barang permohonan TIDAK akan dihantar kepada pemohon dan ia perlu diambil oleh pemohon di pejabat StraComm.
7. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Unit Pengurusan Acara dan Protokol, Pusat Komunikasi Strategik di talian 06-798 8142. *